PENJODOH BILANGAN
Penjodoh bilangan ialah kata yang
digunakan bersama - sama kata bilangan.
Beberapa contoh penjodoh bilangan ialah buah,biji,batang,utas,kaki,
rawan,bidang,dan sebagainya.
Beberapa contoh penjodoh bilangan ialah buah,biji,batang,utas,kaki,
rawan,bidang,dan sebagainya.
1. Penjodoh bilangan mesti diletakkan selepas kata bilangan dan sebelum
kata nama yang mengikutnya .Contohnya:
• dua biji bola • beberapa ekor burung
2. Elakkan penggunaan penjodoh bilangan yang melibatkan ukuran.Contoh:
• sekilo gula • empat meter kain
3. Kebelakangan ini telah wujud penjodoh bilangan yang menggunakan benda
yang mempunyai ruang untuk menerangkan aspek bilangannya.Contoh:
mangkuk - semangkuk sup baldi - sebaldi air
tin - dua tin minyak pinggan - sepinggan nasi
cawan - tiga cawan air sudu - dua sudu gula
botol - sebotol sos
Penjodoh bilangan ini tidak dianggap salah
kerana telah diterima umum untuk menentukan aspek bilanganya.
4.Berikut ialah senarai penjodoh bilangan,kegunaan,dan ayat contoh:
1. Angkatan
Kegunaan:
Benda-benda yang berkelompok atau berkumpulan seperti
polis,tentera,kapal,pelukis,penulis dan sebagainya.
Ayat Contoh:
Seangkatan tentera siam pun menyerang negeri Melaka.
2. Baris/deret
Kegunaan:
Benda-benda/manusia yang berbaris atau berderet seperti
kerusi,meja,orang,dan sebagainya.
Ayat Contoh:
Tiga baris/deret rumah kedai itu hangus dijilat api.
3. Batang
Kegunaan:
Benda lurus,panjangatau pendek,serta keras seperti sungai,
pensil,kapur,dan sebagainya.
Ayat Contoh:
Razif memerlukan dua batang pensil untuk melukis.
4.
Bentuk :
Kegunaan:
Benda kecil yang bentuknya berkeluk atau melengkung seperti
cincin ,mata kail.subang dan sebagainya.
Ayat Contoh:
Di dalam bungkusan itu terdapat berberapa bentuk mata kail.
5. Berkas :
Kegunaan:
Benda yang diikat bersama-sama atau sekumpul seperti kayu api
rotan ,lidi ,kunci,dan sebagainya.
Ayat Contoh:
Pak Harun memikul seberkas rotan.
Kegunaan:
Benda kecil yang bentuknya berkeluk atau melengkung seperti
cincin ,mata kail.subang dan sebagainya.
Ayat Contoh:
Di dalam bungkusan itu terdapat berberapa bentuk mata kail.
5. Berkas :
Kegunaan:
Benda yang diikat bersama-sama atau sekumpul seperti kayu api
rotan ,lidi ,kunci,dan sebagainya.
Ayat Contoh:
Pak Harun memikul seberkas rotan.
6. Bidang:
Kegunaan:
Benda luas
,terbentang luas,rata atau lebar seperti
ikan,tikar,permaidani,layar,sawah,tanah dan
sebagainya.
Ayat Contoh :
Berberapa bidang tanah di kawasan itu
telah diusahakan dengan
jayanya
oleh pemiliknya.
7.
Biji :
Kegunaan:
Benda
kecil,bulat, dan seakan-akan bulat,buah-buahan,sayur-
sayuran
seperti labu,belon,manggis,dan sebagainya.
Ayat
Contoh:
Saya makan dua biji manggis pada
petang tadi.
8. Bilah:
Kegunaan:
Benda
tajam, runcing seperti pisau,jarum,golok,tombak
,parang,dan sebagainya.
Ayat
Contoh:
Di
pinggang Pak Ali tersisip sebilah parang.
9. Buku:
Kegunaan:
Benda yang
keadaanya berketul,berbungkah,atau berbungkal
seperti benang,keju,roti,dan
sebagainya.
Ayat Contoh:
Emak membeli tiga buku benang di
kedai itu.
10. Cubit :
Kegunaan:
Benda yang
diambil sedikit menggunakan hujung jari seperti
garam,gula,dan sebagainya.
Ayat Contoh:
Emak memasukkan secubit garam ke
dalam masakan itu.
No comments:
Post a Comment